Monday, November 30, 2009

Segalanya yang ku lakukan ini...

aku lakukan hanya untuk Mu ya Allah.

Teramatlah susah bagiku mengharungi hidup ini, kiranya aku tidak bertemu denganMu,
tiada lain yang lebih indah bagiku selain anugerah kekuatan dariMu.

tidak permeh sesekali kau membiarkan ku keseorangan,
cuma diriku ini yang senantiasa lalai dan alpa akan anugerahMu disekelilingku.

SubhanAllah,subhanAllah,subhanAllah

segala ketentuan hidupku, kuserah kepadaMu Yang Maha Esa,
kerna segala yang kau tentukan,
kau tentukan yang terbaik bagiku.

Ampunilah aku dan segala dosa-dosaku terhadapMu
ampunilah aku kerana mempersoalkan kurniaan hidayahMu.

Ya Allah, segala cabaranMu yang dikurniakan olehMu
ku harap atas dasar kasih sayangMu pada hambaMu yang lemah ini,
kerna ada masanya aku tidak faham akan ketentuanMu.

Namun, kau sentiasa menunjukkan ku kembali jalannya.
Berikanlah aku peluang untuk mengingatiMu dalam setiap perbuatanku,
agar aku tidak lupa,
agar aku sentiasa ingat
akanMu Ya Allah.

"Aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu." 
Hadis riwayat Ahmad

InsyaAllah,semua yang ku lakukan ini, ku lakukan hanya untukMu.

0 comments:

Post a Comment

What do you think? (: