Wednesday, June 3, 2009

Ingat.

"Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang di bumi seluruhnya. Tetapi apakah kamu (hendak) memaksa manusia agar mereka menjadi orang-orang yang beriman?"
(10:99)


Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu boleh saja memberikan Nur-Nya kepada semua, tetapi tak. Kenapa?

"Dan tidak seseorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah, dan Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak mengerti."
(10:100)

Allah ingin menguji.. Tetapi siapa?
Kedua-dua belah pihak. Ujian terhadap keteguhan iman, serta ujian terhadap kelekaan duniawi. Dua-dua pun susah, dan secara tak langsung, manusia selalu terlupa, bukan sengaja tetapi terpedaya dengan bisikan syaitan.

"...Setan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (buruk) mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang yang berpandangan tajam."
(29:38)


Manusia lupa.Aku juga lupa.

"Kepada Allah-lah kamu kembali. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(11:4)

Antara salah satu sebab nya yang mejadikan kita leka dengan apa yang ditawarkan dunia ialah kerana kita tak sabar. Tak sabar untuk menikmati ganjaran dan kepuasan nafsu sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja.

"dan hendaklah kamu memohon ampunan kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya, nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik padamu sampai waktu yang telah ditentukan."
(11:3)


Waktu itu boleh jadi pada bila-bila masa, dan bukan hanya apply pada nikmat, tetapi juga ajal. Kalau bukan sekarang, bila lagi?!

Keyakinan bahawa semuanya ditentukan oleh-Nya perlulah teguh sbb tanpa keyakinan itu, kita takkan ada tempat untuk bergantung. Maka, datanglah segala perasaan sedih, lemah, tak confident and so forth. Feeling itu semua datang dari Allah, tapi syaitan akn sentiasa cuba mengapi-apikan feeling itu sampai kita lupa kepada siapa kita patut bergantung. Kepada siapa kita patut berserah diri.

Allah paling dekat disaat kita menyerahkan segala-galanya.

Salam

0 comments:

Post a Comment

What do you think? (: